Hiburan

Elizabeth Tan Terharu Dipilih Sebagai Duta Elena of Avalor

Ahmad Shah
27/10/2016
09:22 MYT
Sponsor Banner
Elizabeth Tan Terharu Dipilih Sebagai Duta Elena of Avalor
Penyanyi wanita Elizabeth Tan akui rasa terharu dan tidak percaya dipilih sebagai Duta Elena of Avalor di Malaysia iaitu sebuah program animasi kanak-kanak yang disiarkan di saluran Disney.
Malah dia juga turut menyanyikan lagu tema siri animasi ini yang berjudul Kini Masaku dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
“Rasa amat berbangga dan gembira kerana telah diberi peluang untuk menjadi duta dan menyanyikan lagu tema Elena of Avalor.
“Peluang yang diberikan ini amat tidak wajar ditolak kerana cerita atau filem animasi yang dihasilkan oleh produksi Disney amat diminati ramai terutama kanak-kanak.
“Untuk menjayakan lagi siri animasi ini, saya juga telah diberi kepercayaan untuk membuat sebuah muzik video Kini Masaku yang akan ditayangkan tidak lama lagi,” kata Elizabeth kepada portal Astro Gempak di Majlis Siaran Perdana Elena Of Avalor di Publika, Kuala Lumpur.
Tambah Elizabeth, dia sebenarnya meminati animasi Disney sejak kecil lagi terutama sekali filem Pocahontas yang ditayangkan pada tahun 1995.
Elizabeth meminati watak Pocahontas kerana dia berbeza dengan watak puteri-puteri Disney yang lain.
“Pocahontas seorang yang sangat agresif dan tidak mudah menyerah. Wataknya itu seolah-olah sama seperti sikap saya yang pantang mengalah.
“Sentiasa berusaha kuat untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang saya ceburi terutama dalam karier nyanyian,” katanya.
Elena of Avalor akan mula disiakan di Astro saluran Disney (615) bermula pada 13 November depan jam 11 pagi.
Siri ini menceritakan kisah Elena, seorang remaja berani dan sukakan cabaran yang telah menyelamatkan kerajaannya daripada ahli sihir wanita yang jahat.
Animasi ini dicipta oleh pemenang Anugerah Emmy, Craig Gerber yang juga merangkap penerbit eksekutif siri ini.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024