Hiburan

“Dulu Puasa Badan Petak Makan Banyak!” – Makin Kurus, Ini Jawapan Nad Zainal

Mya Amri
29/05/2019
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Dulu Puasa Badan Petak Makan Banyak!” – Makin Kurus, Ini Jawapan Nad Zainal
Pelakon Nad Zainal memberitahu penyusutan berat badannya bukanlah satu perkara yang pelik.
Menurut Nad, penurunan berat badan itu membuatkan dia lebih selesa selain membolehkan dirinya melakukan kerja dengan lebih cergas.
Nad berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya menerusi ruangan Insta Story semalam.
“Ramai pelik why kurus… I baru sedar makan sikit tu tak buat kita sakit or mati pun. In fact, terasa badan lebih ringan dan makin banyak kerja boleh buat.
“Dulu puasa tapi badan petak, makan banyak! Sekarang makan cukup-cukup. Oh, boleh je tahan lapar,” tulisnya.
Terdahulu, perubahan berat badan Nad yang semakin kurus menjadi tanda tanya pengikutnya.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim.
Foto: Instagram @nad.zainal
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024