Berita

"Duduk Bawah Asyik Kena Pijak, Kita Kena Upgrade" - Wani Comel Jumpa David Teo Untuk Jadi....

ZULHILMI JALIL
07/01/2021
02:38 MYT
Sponsor Banner
"Duduk Bawah Asyik Kena Pijak, Kita Kena Upgrade" - Wani Comel Jumpa David Teo Untuk Jadi....
Selepas terpalit dengan kontroversi mengaitkan dirinya dengan usahawan kosmetik berkaitan perjanjian duta produk kurus, wanita yang mengalami masalah berat badan, Wani Comel kini mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon pula.
Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dilihat menghadiri satu sesi uji bakat lakonan di sebuah syarikat produksi, Metrowealth.
"Kita ni daripada duduk bawah asyik kena pijak, kita kene upgrade. Kita datang sini untuk casting. Tak apalah, mana tahu ada rezeki.
"Daripada orang pijak-pijak kita buat kita macam tak ada harga diri, baik kita datang sini, baru orang hargai kita," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Bahkan, sesi uji bakat itu juga turut disertai bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Kak Mel yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan umum selepas mendakwa dirinya dibuang kerja.
BACA: Dah Lama Pendam, Shahida Terkilan Dengan Bekas Pembantu Peribadi! - " Kak Mel Panggil Saya Si Bodoh, Ustazah Jadian, Tapi Saya..."
Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, pemilik produksi tersebut, David Teo turut mengalu-alukan kedatangan Wani.
"Semoga kita dapat bekerjasama untuk berikan watak-watak yang istimewa untuk awak. Kita akan cari watak komedi untuk Wani," katanya.
Pada masa sama, Wani turut menjelaskan dia tidak kisah dengan watak yang akan diberikan kepadanya.
"Ikutlah (watak) apapun, janji jangan jadi pencacai sudah," katanya.
Sebelum ini, Wani pernah menjadi perhatian ramai selepas bersuara berhubung isu tuntutan pembayaran yang dibuat ke atas Aliff Syukri selepas mendakwa dirinya dianiaya.
BACA: "Kepada Wani Terima Kasih, Awak Nak Saman Saya? Kerjalah Adik Wani Sayang Oii"- Aliff Syukri
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar