Laman Utama

Dua Tahun Kena ‘Block’, Kangana Ranaut Sudah Boleh Guna Twitter

Maliah Surip
25/01/2023
15:45 MYT
Sponsor Banner
Dua Tahun Kena ‘Block’, Kangana Ranaut Sudah Boleh Guna Twitter
Aktres Bollywood, Kangana Ranaut sudah boleh ‘bergembira’ selepas dirinya berpeluang menggunakan semula platform Twitter.
Kangana sebelum ini disekat menggunakan Twitter selama dua tahun atas alasan kerap mengancam dan mengulangi cuitan berbaur ‘bahaya’ serta keterlaluan ke atas isu politik.
Dia disekat pada Mei 2021 dan kembali secara rasmi ke Twitter pada 24 Januari 2023.
Lewat akses Twitter yang sudah tidak disekat, Kangana menyapa peminatnya buat pertama kali dengan: “Hello semua. Sangat baik untuk kembali semula.”
Cuitan itu mendapat respons positif bukan sahaja dalam kalangan peminat, tetapi juga rakan selebriti yang menyambut ‘kepulangan’ Kangana dalam dunia Twitter.
Bersama cuitan tersebut, Kangana juga tidak menunggu lama untuk mengumumkan aktiviti kerja terkininya.
Dalam cuitan lain, dia memberitahu baru selesai menjalani penggambaran projek terkini yang diterbitkan oleh Manikarnika Films berjudul Emergency.
“Dan ia selesai! Penggambaran filem Emergency selesai dengan sukses. Jumpa anda di sinema pada 20 Oktober 2023,” tulisnya.
Terdahulu Kangana meminta peminatnya memaklumkan kepada pemilik baharu Twitter iaitu Elon Musk untuk membuang sekatan yang dikenakan kepadanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024