Laman Utama

Dua Kali Terlibat Kemalangan Motosikal, Atiq Azman Masih Tak Serik; “Saya Bukan Mat Rempit Tapi…”

Asyikin Mayudin
27/09/2022
00:55 MYT
Sponsor Banner
Dua Kali Terlibat Kemalangan Motosikal, Atiq Azman Masih Tak Serik; “Saya Bukan Mat Rempit Tapi…”
Pelakon Atiq Azman mengakui dia tidak serik untuk membawa motosikal biarpun pernah terlibat dalam kemalangan sehingga mengalami kecederaan bahu sekitar Mac lalu.
Biarpun dilarang oleh bapanya, namun Atiq tetap tidak mahu berhenti membawa motosikal memandangkan ia merupakan minatnya.
“Trauma ada tapi tak sangat la. Saya tetap main motor lagi cuma akan lebih berhati-hati. Ayah ada juga larang saya main motor dan kawan-kawan pun pesan benda sama.
“Tapi saya tetap nak main lagi… bukan nak main saja-saja atau jadi mat rempit. Tapi ini minat saya dan tak akan pernah berhenti,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, Atiq cedera pada bahagian bahu kirinya selepas alami kemalangan motosikal berkuasa tinggi ketika menuju ke Bukit Fraser pada 11 Mac lalu.
Ketika kemalangan Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, bersama rakan artis penyanyi Tajul dan pelakon Afieq Shazwan berkonvoi motosikal berkuasa tinggi.
Tambah Atiq Azman, ini adalah kali kedua dia mengalami kemalangan motosikal berkuasa tinggi selepas kali pertama pada tahun lalu.
Bagaimanapun, pelakon filem Rasuk itu menegaskan dia bukanlah seperti ‘mat rempit’ yang gemar mencari masalah atau menganggu pengguna jalan raya.
“Saya selalu berkonvoi dengan kawan-kawan… macam sebelum ini accident pun masa dalam perjalanan nak pergi Bukit Fraser bersama Afieq dan Tajul.
“Tapi saya nak tekankan yang saya bukan ‘mat rempit’ yang menganggu pengguna jalan raya. Saya ini kira mat motor… mat rempit tu lain.
“Sebab kita pun bukan jenis cari masalah atas jalan raya. Bawa motor ini macam hobi untuk luangkan masa bersama kawan-kawan,” ujarnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024