Laman Utama

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…

Izwan Isa
04/07/2022
15:50 MYT
Sponsor Banner
Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Menerusi laporan media baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikatakan telah menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu. Hal tersebut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Sungguhpun begitu, pelbagai maklum balas diterima menerusi penubuhan pasukan khas berkenaan. Antara yang paling ‘vokal’ tentang hal tersebut adalah doktor selebriti, Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali dengan panggilan Celoteh Dr Malar.
Katanya, dia kurang bersetuju dengan cadangan kerja empat hario seminggu. Sebaliknya, mengurangkan waktu kerja seharian adalah langkah yang lebih baik dalam melahirkan masyarakat yang sihat fizikal dan mental.
“Kerja 8 pagi hingga 5 petang ni dicipta pada 1980-an atau 1960-an. Ia dicipta ketika salah seorang pasangan je yang bekerja. Ia dicipta ketika rumah dan pejabat masing-masing dalam 10 hingga 20 minit je.
Kerja 8 pagi hingga 5 petang dicipta zaman tiada Whatsapp dan tiada email, maka majikan tak boleh sesibuk cari pekerja selepas tamat waktu bekerja. Maka zaman tu, waktu kerja 8 pagi hingga 5 petang sesuailah,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.
Menurut Dr Malar, zaman sekarang, semua orang perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk pergi bekerja dengan kebanyakkan keluarga melibatkan kedua-dua suami serta isteri keluar mencari nafkah.
“Dan yang paling tak adil, sebelum dan selepas waktu kerja, majikan duk cari pekerja untuk itu dan ini tanpa gaji tambahan untuk bekerja di luar waktu secara online. Maka, pendekkan waktu kerja hakiki yakni secara fizikal adalah langkah terbaik untuk majikan dan pekerja.
“Contohnya waktu kerja 9 pagi hingga 4 petang atau 8 pagi hingga 3 petang. Lepas punch out sampai rumah dalam 5 petang atau 5.30 petang. Sempat singgah kedai beli barang mentah untuk masak dinner, sampai rumah sempat bersenam di bawah cahaya matahari sekejap, dan yang paling penting sempat spend masa dengan keluarga sekitar waktu Maghrib, nak sembahyang sekeluarga pun ramai yang sempat, katanya lagi.
Tambahnya, sistem sekarang melihatkan ramai individu yang keluar rumah selepas Subuh dan pulang semula ke rumah sekitar waktu Maghrib.
“Tak sempat bersenam, tak sempat masak. Macam mana nak lahirkan masyarakat sihat fizikal dan mental? Kalau buat bekerja 4 hari sahaja, bukan tak elok… tapi saya tak nampak macam mana kita boleh lahirkan masyarakat lebih sihat.
“Makin ramai pergi holiday ke hulu ke hilir, maka makin banyak kemalangan. Makin banyak pesta dan keraian di hujung minggu, maka makin banyak food poisoning, pemakanan tidak sihat dan sebagainya,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024