Laman Utama

“Dos Pertama Pfizer-BioNTech Di Sekolah” - Calon SPM & STPM Bakal Dapat Vaksin Menjelang…

Hanafis Haris
18/06/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
“Dos Pertama Pfizer-BioNTech Di Sekolah” - Calon SPM & STPM Bakal Dapat Vaksin Menjelang…

Berita baik buat kesemua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kerana kerajaan akan mempercepatkan pemberian vaksin.

Perkara itu diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, calon SPM dan STPM bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan depan.

Menurutnya, suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah.

"Selepas tiga minggu, mereka akan menerima dos kedua," katanya ringkas menerusi Berita Harian.

Sekadar info, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) merekodkan jumlah pemberian suntikan vaksin Covid-19 mencecah 5.1 juta dos setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau menerusi Twitter berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,632,195 adalah penerima dos pertama, manakala 1,476,753 lagi adalah penerima dos kedua.

“Semalam sebanyak 204,839 dos diberikan membabitkan 196,775 bagi dos pertama dan 8,064 bagi penerima dos kedua,” katanya.

Setakat ini jumlah pemberian harian vaksin yang mencatatkan rekod tertinggi dengan 215,876 dos adalah pada 15 Jun.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar