Laman Utama

“Doakan Saya Ya” - Noki K-Clique Masuk Hospital, Hidap Denggi Tahap Bahaya!

Hanafis Haris
13/10/2021
06:32 MYT
Sponsor Banner
“Doakan Saya Ya” - Noki K-Clique Masuk Hospital, Hidap Denggi Tahap Bahaya!

Penyanyi Noki daripada kumpulan K-Clique dimasukkan di hospital selepas disahkan menghidap demam denggi.

Perkara itu dikongsi Noki menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya.

Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, dia kini kini menghidap demam denggi dan berada dalam tahap bahaya.

“Assalamualaikum, keadaan saya sekarang denggi tahap berbahaya, doakan kesihatan saya ya.

“Semoga Allah lindungi kita semua dari segala penyakit Amin,” katanya.

Dalam pada itu, perkara itu juga disahkan oleh pengurusnya sendiri iaitu Farah.

Menurut Farah, keadaan Noki kini seperti yang dinyatakan dalam posting Instagramnya dan mohon orang ramai mendoakan supaya Noki kembali pulih seperti sedia kala.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024