Laman Utama

“Doakan Saya Sembuh, Positif Covid-19 Kategori 4A…Bubuh Oksigen”- Uncle Kentang

Fiza Kamarudin
08/02/2022
00:03 MYT
Sponsor Banner
“Doakan Saya Sembuh, Positif Covid-19 Kategori 4A…Bubuh Oksigen”- Uncle Kentang
Aktivis, Kuan Chee Heng, 57, atau 'Uncle Kentang' memaklumkan dirinya positif Covid-19 pada Isnin.
Berita duka tersebut dikongsi Uncle Kentang menerusi laman sosial Facebooknya, kira-kira jam 6 petang semalam.
“Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4A positif Covid-19, bubuh oksigen,” katanya di sini tadi.
Selain itu, Uncle Kentang turut memaklumkan dia kini berada di Hospital Serdang dan telefon bimbitnya akan dimatikan selama tujuh hari.
“Maaf. Telefon saya akan tutup untuk tujuh hari, positif Covid-19 tahap empat. Sekarang di Hospital Serdang. Pejabat akan ditutup selama empat hari bermula hari ini.
“Talian hotline akan ditutup kecuali perkhidmatan ambulans. Kami juga akan tingkatkan ambulans untuk pesakit Covid-19 sebanya dua buah kerana ramai dijangkiti Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, Uncle Kentang sempat mengingatkan orang ramai untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa memakai pelitup muka.
Sebelum itu, sebaik sahaja mengetahui dirinya dijangkiti virus Covid-19 Uncle Kentang meminta bantuan netizen untuk berkongsi maklumat mengenai hospital swasta yang menjalankan pemeriksaan pengesahan Covid-19.
"Looking for hospital. Any private hospital can admit Covid patient? Please help. My number 016 2683999," tulisnya.
Mengemaskini status kesihatannya, Uncle Kentang memberitahu dia mengalami keletihan berikutan jadual kerja yang padat.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024