Berita

Diskaun Tol 50 Peratus Bagi Semua Musim Perayaan

Umirah Halim
04/02/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
Diskaun Tol 50 Peratus Bagi Semua Musim Perayaan
Diskaun tol 50 peratus akan dilaksanakan sepanjang musim perayaan tahun ini sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang diamalkan sebelum ini.
Memetik laporan kosmo, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu akan menjimatkan kos terpaksa dibiayai kerajaan kepada syarikat konsesi kepada RM80 juta setahun berbanding RM180 juta sekiranya pemberian tol percuma.
Katanya, diskaun tol 50 peratus tersebut akan diaplikasikan selama lapan hari setahun seperti sebelum ini. “Pada Tahun Baharu Cina diberikan diskaun 50 peratus dengan keputusan itu dibuat memandangkan rakyat masih memerlukannya ( semasa musim perayaan).
“Jadi, kita putuskan sepanjang tahun pada musim perayaan dengan selepas ini Aidilfitri dan seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja di Jalan Persekutuan FT05 Sungai Besar – Sabak Bernam, hari ini.
Kosmo! pada 24 Januari lalu melaporkan Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selepas tiada lagi tol percuma diberikan bermula tahun ini.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, keputusan pemberian diskaun bagi setiap musim perayaan itu telah dipersetujui kabinet sebelum ini.
“Kabinet boleh putuskan atau tukar pandangan ikut keperluan. Syukurlah kabinet masih katakan okaylah bagi dululah jangan 100 peratus tol percuma.
“Semua (kos diskaun) tol ini dibiayai kerajaan dan itu kena tahu dan bukan dibiayai syarikat konsesi. Jadi, saya harap rakyat tahu ini (diskaun 50 peratus tol) dibelanjakan daripada duit rakyat juga,” katanya.
Sumber: Kosmo
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024