Laman Utama

Dikatakan Sudah Kembali Bersama Bekas Tunang, Ini Jawapan Zarina Anjoulie - “Gambar Cincin & Bunga Itu Sebenarnya…”

Asyikin Mayudin
03/03/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
Dikatakan Sudah Kembali Bersama Bekas Tunang, Ini Jawapan Zarina Anjoulie - “Gambar Cincin & Bunga Itu Sebenarnya…”
Pelakon Zarina Anjoulie tampil menafikan dirinya sudah kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas tunang iaitu Datuk Khazrul Elzey.
Menurut Zarina, video memperlihatkan sekuntum bunga mawar merah yang tular itu bukan daripada bekas tunangnya sebaliknya diberikan oleh individu lain.
“Saya hanya ingin membuat penjelasan apabila viral cerita kononnya saya kembali bersama bekas tunang. Berita itu sama sekali tidak benar kerana kami hanya berkawan.
“Ini rentetan gambar cincin dan bunga yang dimuat naik oleh saya namun sebenarnya dihadiahkan oleh orang lain bukan daripada dia. Tapi, saya dan bekas tunang masih lagi berkawan.
“Malah, dia juga melayan saya dengan baik. Saya gembira bersahabatan ini terjadi dengan baik dan kami juga tidak bergaduh-gaduh.
“Jadi kalau orang melayan kita dengan baik, maka kita pun seharusnya melayan dengan baik juga. Tak semestinya putus tidak boleh berkawan. Tak semestinya jika putus akan kembali bersama,” kata Zarina.
Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa ambil berat terhadap dirinya namun menegaskan sekali lagi bahawa mereka juga sudah meneruskan hidup masing-masing.
“Terima kasih sangat kepada semua yang prihatin. Cuma kami berdua sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Malah, kami juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing. Apa-apa pun, saya tetap menjadi milik netizen,” kata Anju.
Terdahulu, persengketaan antara Zarina dah Khazrul menemui titik noktah selepas bekas tunangnya itu membuat permohonan maaf secara terbuka, baru-baru ini.
Zarina berkata dia berharap 'perang' yang berlaku antara mereka tidak akan bersambung lagi selepas ini kerana berhasrat hubungan silaturahim sesama mereka kembali jernih.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024