Laman Utama

Dijangkiti Covid-19 Kali-2, Eina Azman Gagahkan Diri Masak Sup Ketam Untuk Keluarga

Syafiqah Jalal
17/03/2022
02:42 MYT
Sponsor Banner
Dijangkiti Covid-19 Kali-2, Eina Azman Gagahkan Diri Masak Sup Ketam Untuk Keluarga
Pelakon Datin Paduka Eina Azman dijangkiti virus positif Covid-19 kali kedua selepas membuat ujian mengesan wabak berkenaan sekeluarga dua hari lalu.
Selain Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, kakak dan anak kembarnya iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang berusia lima tahun turut dijangkiti virus itu.
"Semalam, saya dan keluarga menjalani ujian saringan kesihatan. Saya, kakak dan Aubrey serta Karl positif Covid-19. Semoga kali ini kami dapat melaluinya dengan baik.
"Jadi, kepada sesiapa yang ada bertemu dan berjumpa saya serta keluarga, jika ada simptom saya mohon tolong buat ujian saringan Covid-19. Terima kasih," katanya.
Eina memaklumkan perkara berkenaan dalam satu posting Insta Story, kelmarin.
Keluarga itu baru sahaja mengadakan sambutan hari jadi buat Eina di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur beberapa hari lalu.
Difahamkan suaminya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah dan dua pembantu rumahnya tidak dijangkiti virus itu.
Meskipun sedang sakit, Eina tetap ke dapur untuk memasak menu khas iaitu Sup Ketam Nipah buat dirinya serta anak kembarnya supaya dapat menyembuhkan tubuh mereka dari wabak berkenaan.
“Memandangkan kami semua dalam rumah ni dijangkiti Covid-19, saya rasa sedikit sebanyak sup ini membantu untuk memulihkan sakit kami.
“Lagi pun dulu sewaktu suami dijangkiti wabak ini saya masak sup ini hampir setiap hari untuk dia. Moga baik-baik juga untuk kami,” katanya sambil merakam ketika memasak.
Eina sempat menjawab persoalan warga maya yang bertanya mengapa masih memasak meskipun sedang jatuh sakit.
“Ada yang tanya, tengah sakit pun masak? Kalau tak saya siapa lagi nak masak,” jawabnya.
Terdahulu, keluarga Eina pernah diuji dengan Covid-19 selama 12 hari selepas mereka disahkan positif virus itu.
Suaminya hampir dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan jangkitan virus merebak 30 peratus pada paru-paru sekitar September lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024