Laman Utama

Digelar 'B*tina S*ndal', Puteri Balqis; "Biashe Biashe Je"

Amri Hassan
31/08/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Digelar 'B*tina S*ndal', Puteri Balqis; "Biashe Biashe Je"
Pelakon Puteri Balqis tampil membalas komen negatif netizen yang menggelarkannya sebagai 'b*tina s*ndal'.
"Memang macam b*tina s*ndal pun Puteri Balqis tu. Rupa takde, jual body je la yang mampu," tulis pengguna terbabit.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Puteri Balqis tampil membalas komen berkenaan, menyatakan dia hanya manusia biasa dan masih bergantung hidup dengan menjual buku dan menulis puisi.
"Mana ade sundal. Biashe biashe je. Selain takde rupa dan menjual body, saya juga terkenal dengan menjual buku dan bijak menulis puisi.
"Side income bro, nak hidup. Kang masuk Bersamamu lagi sekali, kau gak yang bising," tulisnya.
Malah, Puteri Balqis turut menjawab tuduhan netizen mendakwa dirinya berjoget di khalayak ramai dan membandingkannya dengan Mia Sara.
Tulis pengguna terbabit; "Mia Sara joget di TikTok kena maki, si Balqis joget di public, tak kena maki. Dasar munafik."
"Saya tidak pernah lagi berjoget di khalayak ramai. Ya, belum pernah. Tetapi jika diberi peluang, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkolaborasi dengan Baby Shima.
"Siapa tahu gelekan saya lebih padu," tulisnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024