Hiburan

Didi & Friends Tampil Lagu Jom Lawan Coronavirus, Kongsi 3 Langkah Mudah Cegah COVID-19

Mya Amri
24/03/2020
15:10 MYT
Sponsor Banner
Didi & Friends Tampil Lagu Jom Lawan Coronavirus, Kongsi 3 Langkah Mudah Cegah COVID-19
Menyahut saranan kerajaan yang menyeru rakyat untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan, siri animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends, tampil dengan lagu dan muzik video berjudul ‘Jom Lawan Coronavirus’.
Muzik video tersebut bertujuan untuk mengajar orang ramai langkah-langkah mudah bagi mencegah jangkitan Coronavirus (COVID-19).
Lagu berdurasi 2 minit itu menyaksikan Didi, Nana dan Jojo serta rakan-rakan lain menari sambil menyanyi tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam memerangi virus dan bakteria merbahaya.
Lirik lagu yang catchy itu menyatakan tiga langkah mudah mengelak pandemik itu.
1) cuci tangan
2) memakai topeng muka ketika sakit,
3) tidak menyentuh muka.
Lagu istimewa ini ditulis dan diterbitkan oleh Digital Durian bersama komposer terkenal, Omar K.
Menariknya, lagu ini juga boleh dinikmati dalam versi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Fight Coronavirus’ di YouTube rasmi mereka.
Terdahulu, siri edutainment Didi & Friends merupakan hasil produksi bersama Astro dan Digital Durian.
Didi & Friends bersiaran secara esklusif di Astro Ceria dan Ceria HD, dan mempunyai 3.52 juta pengikut dan lebih 2.5 bilion jumlah tontonan di saluran YouTube mereka.
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024