Laman Utama

Dicari Sampai Ke Kelantan, Buat Roy Kapilla Setuju Sertai GV9 - “Saya Tak Menghilang..”

Azwa Rahman
15/09/2022
01:57 MYT
Sponsor Banner
Dicari Sampai Ke Kelantan, Buat Roy Kapilla Setuju Sertai GV9 - “Saya Tak Menghilang..”
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Roy Kapilla meluahkan rasa terharu dengan usaha pihak produksi mencarinya sehingga ke Kota Bharu, Kelantan semata untuk menyertai rancangan tersebut.
Menurut Roy atau nama sebenarnya Saufi Abdullah, 54, dia tidak menghilangkan diri daripada industri seni tanahair kerana lebih memberi tumpuan kepada kebudayaan negeri Kelantan.
“Saya syukur alhamdulillah, berterima kasih pada team GV yang datang berusaha mencari saya, terjah saya sampai di Kota Bharu, Kelantan untuk saya bersama dengan peserta-peserta yang lain.
“Saya walaupun orang kata menghilang, di Kelantan saya aktif memperjuangkan kebudayaan di sana. Saya sering mendapat jemputan mengadakan persembahan. Cumanya saya tidak aktif di laman sosial dan di TV,” jelasnya kepada Gempak.
Roy ditemui pada majlis pengumuman 13 bintang GV9 yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, minggu lalu.
Dalam pada itu, Roy mempunyai alasan tersendiri apabila bersetuju menyertai GV9.
Jelasnya, dia menyahut cabaran rakan selebriti dan peminat yang ternanti-nanti penglibatannya dalam GV.
“Saya nak sertai GV9 ni pun sebab saya nak sahut cabaran sebab rakan-rakan artis sering berikan sokongan terutama sekali peminat yang selalu tanya bila saya nak masuk GV.
“Bila saya setuju untuk nak datang GV ni, saya nak cari lagi pengalaman, berjumpa dengan rakan-rakan selebriti, dapat belajar ilmu nyanyian yang baharu,” ujarnya.
GV9 yang akan mula bersiaran 18 September ini dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024