Hiburan

Dibuli Kerana Bernama Corona, Kanak-Kanak Ini Akhirnya Dapat Perhatian Tom Hanks! Siap Dapat Hadiah Lagi!

Hanafis Haris
24/04/2020
12:16 MYT
Sponsor Banner
Dibuli Kerana Bernama Corona, Kanak-Kanak Ini Akhirnya Dapat Perhatian Tom Hanks! Siap Dapat Hadiah Lagi!
Hanya kerana namanya hampir sama dengan wabak koronavirus, seorang kanak-kanak telah menjadi mangsa buli oleh rakannya di sekolah.
Menerusi laporan Astro Awani, Corona De Vries, 8, kini trauma dengan keadaan yang menimpa dirinya dan hampir patah semangat sejak dikaitkan dengan virus berkenaan.
Namun, kesedihan itu nampak gayanya tidak kekal lama apabila bintang Hollywwod Tom Hanks memberinya sebuah hadiah istimewa.
Semuanya berlaku selepas kanak-kanak tersebut menghantar surat kepada pelakon hebat berkenaan.
Dalam surat itu, De Vries meluahkan kesedihannya apabila diejek rakan-rakan sekolah.
“Saya suka nama ini, tetapi saya sering diejek dan dipanggil 'koronavirus' oleh rakan-rakan di sekolah,” katanya.
"Saya berasa sedih dan marah apabila diejek begitu,” luah De Vries kepada Hanks.
Tidak mengharapkan balasan, namun apa yang mengejutkan De Vries adalah apabila menerima jawapan balas daripada Hanks.
Hanks turut memuji keunikan pada nama yang dimiliki kanak-kanak kelahiran Australia itu.
“Kamu seorang sahaja yang saya kenali bernama Corona.
“Ia bagaikan roda di keliling matahari yang menyerupai mahkota,” tulis Hanks.
Tambah menarik Hanks turut menghadiahkan kanak-kanak itu sebuah mesin taip vintaj berjenama Corona.
Untuk rekod, Hanks dan isterinya Rita Wilson disahkan positif jangkitan COVID-19 pada pertengahan Mac lalu.
Kedua-dua pelakon itu dijangkiti virus berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock 'n roll, Elvis Presley di Australia.
BACA: Tom Hanks Sahkan Dirinya dan Isteri Positif COVID-19
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024