Gaya Hidup

Dibidas Kerana Bersikap Angkuh, Netizen Lancar Kempen Boikot Food Panda

Azwa Rahman
08/10/2019
11:22 MYT
Sponsor Banner
Dibidas Kerana Bersikap Angkuh, Netizen Lancar Kempen Boikot Food Panda
Gara-gara tidak tidak terkesan dengan mogok yang dilakukan penunggangnya, syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia telah diboikot oleh wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, netizen dilihat bersimpati dengan nasib penghantar makanan yang terpaksa berdepan dengan kadar bayaran baru yang lebih murah.
Isu ini malah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna. Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna,” tulisnya menerusi satu kicauan di Twitter.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya menggunakan tanda pagar #boycottfoodpanda yang menyeru orang ramai untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan tersebut.
Malah, ramai yang telah memadam aplikasi tersebut di dalam telefon pintar mereka.
“Aku memang dah #boycottfoodpanda dari dulu lagi. First time using it, I've had all sorts of problems with my order. The system itself was stupid. The refunding process was a pain. I had to complain to MCMC, only then they returned my money,” komen seorang netizen.
“Done uninstall aplikasi foodpanda #BoycottFoodPanda,” ujar seorang netizen.
“Im going to delete this apps sebab tak pernah guna. The food in my area pun bosan so yes good bye. #boycottfoodpanda,” tegas seorang netizen.
“If you don’t respect your riders, kami OK untuk #boycottfoodpanda,” bidas seorang netizen lagi.
Terdahulu penghantar makanan Foodpanda melancarkan mogok susulan pengenalan kadar baru bayaran untuk pekerja.
Menerusi skim lama, penghantar menerima bayaran asas RM4 sejam selain insentif pesanan antara RM3 hingga RM5 bagi setiap pesanan, bergantung prestasi individu.
Bagaimanapun, menerusi skim pembayaran terbaru, Foodpanda menghapuskan bayaran asas jam bekerja sebaliknya meningkatkan insentif pesanan antara RM4.50 hingga RM7 untuk setiap pesanan.
Tindakan itu memberi kesan kepada penghantar makanan yang sebelum ini menerima bayaran RM4 sejam selain mendapat bayaran tambahan jika menghantar pesanan kepada pelanggan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024