Berita

Dianggap Tidak Menghormati Whitney Houston, Lorde Mohon Maaf

Rozaimi Zubaidi
07/04/2018
10:05 MYT
Sponsor Banner
Dianggap Tidak Menghormati Whitney Houston, Lorde Mohon Maaf
Penyanyi popular Lorde memohon maaf kepada semua peminat Whitney Houston selepas dikatakan memuat naik sebuah entri di Instagram (IG) yang seolah-olah mempersendakan kematian anak diva itu.
Lorde telah memuat naik sekeping gambar tab mandi dengan menulis kapsyen "And I Will Always Love You" yang merupakan lagu popular dinanyikan oleh Whitney Houston pada tahun 1992.
Akibat perbuatannya itu, Lorde telah menerima pelbagai kritikan daripada peminat Whitney Houston kerana dianggap tidak sensitif dengan pemilihan kapsyen yang dilakukan.
Mereka juga memohon agak Lorde segera memadamkan kapsyen tersebut dan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu di media sosial.
Menyedari kesalahan yang dilakukan, Lorde segera memadamkan entri tersebut dan memohon maaf diatas tindakannya itu melalui 'Insta Story' miliknya.
"Kesalahan saya dalam memilih kapsyen. Saya mohon maaf kerana telah menyinggung semua dan saya tidak bermaksud melakukannya. Saya cuma teruja untuk mandi," tulisnya.
Sebelum ini, anak Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi pada tahun Januari 2015 sebelum meninggal dunia enam bulan kemudian.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024