Laman Utama

“Dia Poyo” - Kongsi Gambar Lama, Datin Shahida Buka Cerita Macam Mana Aliff Syukri Mula Menguratnya

Izwan Isa
14/09/2021
13:25 MYT
Sponsor Banner
“Dia Poyo” - Kongsi Gambar Lama, Datin Shahida Buka Cerita Macam Mana Aliff Syukri Mula Menguratnya
Pasti ramai yang suka melihat gelagat pasangan suami isteri Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida khusunya di Instagram.
Ada sahaja karenah yang dikongsikan untuk tatapan pengikut. Sungguhpun sering terlibat dengan kontroversi, namun, mereka tidak lokek berkongsi kisah peribadi kepada umum.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Shahida berkongsi gambar lamanya ketika dia masih muda belia.
Menerusi ruangan kapsyen, Shahida meminta pengikutnya untuk memerhatikan imej seorang lelaki yang mengenakan pakaian berwarna hitam yang sedang duduk di atas kerusi di belakangnya.
“Tengok gambar ni, nampak tak ada lelaki baju hitam di kerusi belakang?
“Itu Aliff Syukri. Ini zaman dia nak mengurat saya… mana saya ada… situ dia ada,” tulis Shahida sambil meletakkan emoji ketawa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menyifatkan usikan Shahida terhadap suaminya itu satu hal yang lucu.
Salah seorang pengikut Shahida bertanya kenapa dia tidak menyukai Aliff Syukri pada waktu itu.
Secara ringkas Shahida menjawab: “Sebab dia poyo.”
Dalam masa yang sama, ada juga pengikutnya yang perasan jenama beg yang digayakan oleh Shahida pada ketika itu.
“Perghhhh, beg Tropicana Life tu. Zaman tu dapat beg ni syok ya amat,” tulis seorang pengikutnya.
Shahida menjawab: “Haha zaman ni beg ni top,” tulisnya.
Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 13, Qadejah El Zahra, 11, Ibraheem Adham, 9, dan Yusof Al Qardawi, 3.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024