Laman Utama

“Dia Lebih Pentingkan Hati Dia, Suami & …” - Tertekan Isu Anak, Chef Wan Alami Sesak Nafas, Nyaris Diserang Sakit Jantung?

Hanafis Haris
12/04/2021
07:25 MYT
Sponsor Banner
“Dia Lebih Pentingkan Hati Dia, Suami & …” - Tertekan Isu Anak, Chef Wan Alami Sesak Nafas, Nyaris Diserang Sakit Jantung?

Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan akui kesihatannya agak terjejas susulan isu pernikahan pernikahan anaknya, Serina.

Menurut Chef Wan, dia nyaris diserang sangkit jantung apabila pernafasannya seperti tersekat.

“Saya berhenti baca komen di Instagram. Telan pil tidur untuk lenyapkan segala tekanan minda daripada semua ini.

“Kemudian saya terus ke hospital untuk buat pemeriksaan memandangkan pernafasan seperti kurang udara dan rasa agak ketat,” katanya.

Jelasnya, semua itu berlaku selepas anaknya bertanyakan mengapa dia mengaibkan mereka.

“Why papa aibkan kami? Suami nanti kena tindakan tatatertib atau dibuang kerja macam mana.

“Adui doktor tolong cek hati saya sakit dan sedih.

“Bukan dia ingat hati bapak dia yang ditipu, kita mendapat malu. Dia lebih penting kan hati dia, suami dan mentua.

“Netizen pula tak tahu hujung pangkal pula maki hamun kita tak tentu pasal,” katanya.

Chef Wan berkata demikian menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya.

Chef Wan turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Walaubagaimanapun, Serina kemudian menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis.

Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.

BACA:“Saya Hanya Perlu Jelaskan…”- Didakwa Mengaibkan Keluarga Sendiri, Chef Wan Minta Maaf

Sekadar info, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata Tristan Tareef, dan Isabella Saffiya.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024