Berita

Deja Moss Redha, Suami Failkan Permohonan Cerai Di Mahkamah

Rozaimi Zubaidi
07/04/2018
03:59 MYT
Sponsor Banner
Deja Moss Redha, Suami Failkan Permohonan Cerai Di Mahkamah
Penyanyi Deja Moss mengesahkan bahawa suaminya, Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur minggu lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata, bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
“Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai.
“Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat. Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya.
Ditanya punca perceraian, ulas Deja, antara alasan adalah kerana mereka tidak mempunyai anak.
“Saya sedia bermadu tapi entahlah...yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.
“Saya reda bercerai,” jelasnya.
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008.
“Bagi mengelak terlalu memikirkan mengenai perkara ini sekarang saya tumpukan kepada kerja-kerja amal melalui Kembara Amal Ventures.
“Dan saya menghambakan diri kepada Pencipta saya,” ujar Deja positif.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024