Filem

Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Ke India Berlakon Kabali Dengan Rajnikanth

Ahmad Shah
03/01/2016
05:08 MYT
Sponsor Banner
Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Ke India Berlakon Kabali Dengan Rajnikanth
Dua aktor Malaysia, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim kini berada di India untuk menjalani penggambaran filem terbaru Rajnikanth berjudul Kabali.
Rosyam dan Norman telah memuat naik foto di akaun Instagram (IG) masing-masing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Chennai, India, pada Jumaat lepas.
Astro Gempak difahamkan seorang lagi pelakon dari Malaysia iaitu Zack Taipan turut terlibat dalam filem tersebut, dan mereka bakal memulakan penggambaran bersama Rajnikanth bermula Sabtu (semalam) sehingga 15 Januari depan.
Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 20 Januari untuk menyambung penggambaran di negara ini selama 50 hari.
Selain tiga pelakon dari Malaysia, aktor popular Hong Kong, Jet Li dikatakan turut terlibat dalam filem ke-159 Rajnikanth itu.
Di dalam filem itu, Rajnikanth bakal memegang watak ahli akademik, yang dikatakan berdasarkan kepada figura sebenar.
Untuk filem ini, beliau memilih menggunakan krew penggambaran sama yang digunakan dalam pembikinan filem Tamil 'Madras'.
'Kabali' dijangka mula ditayangkan pada April depan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar