Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

Mya Amri
18/07/2024
07:02 MYT
Sponsor Banner
Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.

Pernah berdepan pelbagai pengalaman mistik

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, disebabkan pengalaman itu dia enggan lagi menyertai mana-mana program realiti.

“Ya, dari pengalaman saya, ya. Definitely, yes. Saya terlalu menderita disebabkan itu tapi sebab benda ini kita tak masuk ICU (Unit Rawatan Rapi), jadi tak boleh nak ceritalah. Cerita pun nanti ada orang kata tak betul, susah nak cerita pasal perkara ini.

“Jadi benda yang tak sahih, tak jadi depan mata, yang tiada sijil mengatakan ini sakit. Tapi jawapan pendeknya, ya,” katanya.
Kemudian selepas bertanya sama ada dia serik untuk menyertai program realiti, Aishah turut mengiyakan.
“Tidak jika dalam Malaysia,” katanya ringkas.
Aishah ditemui di sidang media pelancaran lagu Di Pinggir Kayangan, lagu asal nyanyian Allahyarham Datuk Sharifah Aini berjudul Di Pinggir Kayangan yang diberikan nafas baharu, di Restoran Rebung, Kuala Lumpur.

Ubah mentaliti

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Aishah berkata dia boleh menghasilkan sebuah buku khusus bercerita mengenai pengalamannya berhadapan dengan gangguan mistik.
“Sebenarnya kita kena ubah mentaliti kita sekarang, kita sudah maju, tapi mentaliti kita masih di belakang, kalau kita masuk bertanding kita bersainglah secara fizikal, menerusi kebolehan, bakat yang Allah bagi. Kita kena ada keyakinan, bila sudah bercampur baur begini, letih.
“Sedih bila saya tahu benda ini terjadi tapi kalau saya nak cerita panjang, saya boleh tulis buku mengenai pengalaman saya selama jadi penyanyi.
“Tiada pula podcast yang ajak saya bercerita pasal ini. Jadi ya saya boleh tulis buku mengenai pengalaman saya berkenaan ini.
“Cuma kadang-kadang bila kita bercerita sangat, ada yang tak percaya, ada pula yang sinis. Tapi yang tahu saja tahu.
“Siapa yang sudah terserempak dengan saya, berubat dan sebagainya, mereka tahu. Nak cerita pun susah sebab kita pun tak tahu siapa musuh saya, dia ada ‘spy’ ke apa ke.
“Apa sahaja penyakit yang saya tak pernah rasa. Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya dah rasa dari umur saya 16 tahun. Tapi, Allah tunjukkan orang buat macam mana pun masih belum ‘masa’ saya lagi,” ujarnya.

BERITA TRENDING:THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

Sebelum ini, penyanyi Aisha Retno juga sebelum ini pernah mendedah kehadirannya dalam program pertandingan realiti itu tidak disenangi oleh semua pihak.
Malah, jelas Aisha, 20, ada individu yang 'mengganggu' dirinya sepanjang 10 minggu bertanding di pentas The Hardest Singing Show

BERITA TRENDING: Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”

BERITA TRENDING: Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar