Laman Utama

Data Peribadi Tersebar Akibat Surat Samannya Viral, Haqiem Stopa Buat Laporan Polis

Izwan Isa
20/07/2022
08:40 MYT
Sponsor Banner
Data Peribadi Tersebar Akibat Surat Samannya Viral, Haqiem Stopa Buat Laporan Polis
Sekitar dua hari lalu, nama pempengaruh, Haqiem Stopa menjadi bualan netizen apabila sekeping salinan surat saman yang menunjukkan kesalahannya memandu tanpa lesen viral di media sosial.
Difahamkan, menerusi laporan media tempatan, pempengaruh berkenaan ditahan ketika sedang memandu sebuah kenderaan jenis Audi di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Enggan membiarkan orang ramai membuat spekulasi, pemuda berusia 23 tahun itu akhirnya mengaku melakukan kesalahan tersebut dan sedia untuk menerima sebarang akibat daripada kesalahan yang dilakukannya.
Haqiem menjelaskan, dia ditahan oleh pihak berkuasa kerana tiada lesen memandu kereta, bukannya ketiadaan lesen memandu motosikal seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.
BACA: Netizen Geli Hati Ikon Permotoran Ditahan Kerana Memandu Tanpa Lesen - “Minta Sekolah Memandu Jemput Dia Beri Ceramah”
BACA: Dikecam ‘Rempit’ Dan Dikritik Tidak Layak Beri Ceramah Motivasi, Haqiem Stopa Tampil Beri Kenyataan: “Sebenarnya Saya…”
"Ketika itu, selepas makan malam, saya dan pemandu peribadi mengambik keputusan untuk gerak pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh. Kebetulan, pemandu saya berasa letih, jadi saya pun mengambil alih posisi pemandu.
"Bagaimanapun, kami ditahan polis sekitar pukul 11 malam sewaktu melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota," kongsinya.
Haqiem turut menambah, dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi membuat laporan selepas butiran peribadinya tersebar di media sosial.
"Sebelum ini, keluarga saya pernah diganggu oleh individu tak dikenali. Siap kena ugut lagi.
"Justeru, saya ambil keputusan untuk buat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga," katanya sambil memberitahu yang maklumat peribadi tidak sepatutnya dihebahkan kerana ianya melibatkan privasi.
Terdahulu, Haqiem pernah meluahkan perasaan kecewa apabila dia disindir selepas memberikan ‘ceramah motivasi’ di sebuah sekolah di ibu kota baru-baru ini.
Menurut Haqiem, dia telah dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir untuk berkongsi kepada para pelajar sekolah tentang ‘peluang kedua’ buat mereka yang pernah gagal dalam pelajaran sepertinya sewaktu di sekolah dahulu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024