Laman Utama

#DariPandanganZizanRazak: Gilakan Motor, Ada Apa Dengan Nombor 869?

Zizan Razak
16/06/2021
08:08 MYT
Sponsor Banner
#DariPandanganZizanRazak: Gilakan Motor, Ada Apa Dengan Nombor 869?
Assalamualaikum dan salam sejahtera dari Zizan. Giliran saya pula untuk bercerita sedikit pandangan dan saya rasa lebih baik saya kongsikan sesuatu yang dekat dengan hati saya - motosikal dan sukan permotoran.
Memang sejak remaja lagi saya berminat dengan motor. Sejak zaman sekolah lagi. Saya ingat lagi Ibu saya hadiahkan motor kepada saya. Plate bernombor TAA 869 adalah motor pertama saya. Tapi sebelum dapat motor tersebut, ada juga saya 'sesah' motor abang saya.
Lepas sekolah, saya pakai skuter sekejap. Kemudian ketika saya sambung pelajaran di Kemaman, Terengganu, Abah saya belikan satu superbike. Kalau tak silap ketika itu umur saya 19 tahun, saya sudah gunakan superbike. Saya gunakan untuk ulang alik ke tempat belajar. Sejak daripada itu, minat saya terhadap motor dan sukan permotoran semakin berkembang.
Kerana minat itu jugalah saya mula mengumpul motosikal. Pelbagai jenama saya kumpul termasuklah Harley yang saya belikan untuk Abah saya. Sampai suatu ketika dulu saya ada lebih kurang 17 buah motor. Memang dah minat saya. Tapi sekarang hanya tinggal 10 buah sahaja. Yang lain tu saya tak tahu entah ke mana.
Motor ni saya memang suka bentuk dan rekaannya. Kelajuannya pun memang padu dan memang tak boleh dinafikan. Cuma motor ni saya tak berapa berani sangat, tetapi kalau kereta saya agak all out juga. Pada satu ketika dahulu saya memang 'gila' main kereta atas jalan raya, tetapi lama-lama jiwa bawa laju atas jalan raya tu hilang bila saya bertemu minat dengan lumba kereta di trek.
Bila beberapa kali berlumba kereta di trek dan menang, ianya membuatkan saya rasa sangat seronok. Mungkin tidak menang sebanyak mereka yang berlumba secara profesional, tetapi membakar semangat saya untuk terus terlibat dalam sukan lumba kereta. Bukan setakat lumba kereta, tetapi juga perlumbaan go-cart secara profesional. Adrenaline rush tu sukar nak digambarkan.
Minat itu jugalah yang membuatkan saya beli simulator perlumbaan untuk digunakan di rumah. Biarpun ianya hanya gambar grafik tetapi serba sedikit membantu apabila saya tak dapat nak practice di trek, saya boleh practice di rumah walaupun tidak 100% sama. Boleh juga belajar teknik-teknik yang kita boleh absorb dan apply apabila saya berada di trek nanti. Walaupun tak rasa adrenaline tu, tapi sekurang-kurangnya kita boleh dapat ilmu perlumbaan tu.
Kalau ditanya jika saya nak jadikannya sebagai profesion saya secara profesional, sememangnya sejak dulu lagi saya dah berlumba secara profesional termasuk perlumbaan antarabangsa seperti S1K, juga perlumbaan kereta untuk Toyota dan go-cart serta lainnya. Merasa juga naik podium menjadi juara beberapa kali.
Sekarang ni saya berlatih go-cart secara profesional. Ini memang untuk perlumbaan go-cart sebenar yang digunakan oleh pelumba-pelumba international go-cart. Saya berlatih dengan pemandu profesional, tetapi buat masa sekarang terhenti seketika kerana PKP. Jadi buat masa sekarang saya tengah upgrade PC saya untuk lebih lengkap sebagai latihan saya di rumah.
Pada saya, kalau kita minat pada sesuatu perkara dan melakukannya dengan sebaik mungkin, tidak mustahil minat kita itu akan menjadi satu profesion kita pada suatu hari nanti.
Pada mereka yang memang meminati sukan permotoran tidak kira sama ada perlumbaan, berkonvoi atau secara santai, mungkin sekarang kita terpaksa kawal diri dahulu sementara tunggu PKP tamat.
Kita mungkin pasrah dengan keadaan yang kita lalui sekarang ini tetapi jangan sekali kita langgar SOP yang telah ada. Mungkin kita boleh gunakan masa yang ada ini untuk belajar lebih lanjut tentang apa yang kita minat melalui rancangan-rancangan di TV atau di YouTube dan sebagainya. Setakat ni dulu yang saya nak kongsikan, nanti kita jumpa lagi!
Zizan Razak
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024