Hiburan

“Dah Tiga Hari Khalifah Kecil Saya Berpuasa” - Diana Danielle Puji Muhammad Tidak Tinggal Puasa

Azwa Rahman
28/04/2020
08:52 MYT
Sponsor Banner
“Dah Tiga Hari Khalifah Kecil Saya Berpuasa” - Diana Danielle Puji Muhammad Tidak Tinggal Puasa
Pelakon Datin Diana Danielle melahirkan rasa kagum apabila melihat anak lelakinya, Muhammad, 7 tahun, sudah berpuasa selama tiga hari berturut-turut.
Menerusi laman sosial Instagram, Diana berkongsi foto anak sulungnya yang lebih dikenali sebagai Chemad itu untuk tatapan umum.
“Hari ketiga berpuasa untuk khalifah kecil saya, Chemad. Saya kagum melihat dirinya penuh kesabaran dan ketabahan.
“Antara perkara-perkara kecil yang kami cuba lakukan untuk dia sentiasa bermotivasi adalah seperti sejadah dengan ukiran nama dia,” tulis Diana lagi.
Menerusi foto tersebut, Chemad kelihatan comel mengenakan kain pelikat selepas menunaikan solat di atas sejadah yang terukir nama ‘Muhammad’.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya memuji wajah comel Chemad dan kesunguhannya menunaikan ibadat puasa.
“Pakai kain pelikat lagi lebai hensem ni, semoga istiqamah ye,” puji seorang wargamaya.
“Ya Allah, sopannya,” kata seorang wargamaya.
“Handsome boy! Semoga membesar jadi lelaki beriman,” komen seorang wargamaya.
“Comelnya Chemad berkain pelikat, keep it up boy,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkahwin dengan Datuk Farid Kamil pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024