Laman Utama

“Dah Macam Amber Heard Pulak”- Puteri Sarah Jawab Kenapa Masih Tak Saman Orang Ketiga

Syafiqah Jalal
12/06/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Dah Macam Amber Heard Pulak”- Puteri Sarah Jawab Kenapa Masih Tak Saman Orang Ketiga
Pelakon Puteri Sarah Liyana mempunyai alasan mengapa sehingga kini masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga antaranya dengan suami, Syamsul Yusof.
Kata Puteri Sarah sebab utamanya adalah kerana kasihankan bapa kepada wanita berkenaan yang juga seorang pelakon.
“Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tak bertindak nak saman sebab kasihankan bapa kamu (orang ketiga). Juga, saya tak nak besarkan hal ini.
“Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya. Ketiga, tak baik maki hamun dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini,” katanya.
Puteri Sarah mendedahkan perkara berkenaan di InstaStory selepas menerima satu paparan skrin DM (mesej peribadi) dari wanita yang didakwa menjadi keretakan rumah tangganya.
Dalam mesej wanita berkenaan bersama seorang netizen itu mempersoalkan mengapa Sarah masih tidak meneruskan tindakan undang-undang seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini.
“Kau pergi beritahu dia (Puteri Sarah) aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja okey.
"Kami dah meluat nak layan drama saman dia. Dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat juga. Kemaruk sangat nak perhatian,” persoalnya.
Terdahulu Sarah pernah mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul dan terbaharu dia membuat pendedahan orang ketiga.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024