Hiburan

Dah Kurus Pun Nak Buat Diet Keto? Ini Jawapan Datuk Fazley Yang Turun 5kg Dalam Masa 2 Minggu

Fiza Kamarudin
16/06/2020
14:50 MYT
Sponsor Banner
Dah Kurus Pun Nak Buat Diet Keto? Ini Jawapan Datuk Fazley Yang Turun 5kg Dalam Masa 2 Minggu
Penyanyi dan Cef Selebriti, Datuk Fazley mengakui turun 5 kilogram (kg) berat badan selepas dua minggu menjalankan diet keto.
Datuk Fazley berkata, penurunan berat badannya kali ini lebih baik kerana badan tidak menggeleber seperti diet yang diamalkan sebelum ini.
“Dah dua minggu saya amalkan diet keto dan turun 5kg. Setakat ini berat badan saya turun konsisten sebanyak 200gram (g) hingga 500g setiap hari.
“Selain keto diet saya juga bersenam secara sederhana. Ada orang kata keto diet ni tak seimbang, tetapi research saya dan selepas meminta pandangan kawan-kawan doktor, keto ini antara yang paling mudah untuk dilakukan dan paling sihat kerana ia tidak menggalakan pengambilan gula dan karbo.
“Bagi saya itu dah cukup baik kerana gula merupakan kunci kepada banyak jenis penyakit di dunia selain menyebabkan kita nampak tua, cepat penat dan sakit.
“Di luar negara seperti United Kingdom misalnya, sudah banyak restoran yang dah sediakan menu keto. Dalam keto ini kita lebihkan pengambilan protein yang sihat dan mempunyai banyak serat termasuk sayuran dan buah-buahan,” katanya kepada Gempak.
Fazley berkata, ada juga peminat yang bertanya mengapa dia masih mahu mengamalkan diet sedangkan dia bukan seorang yang mempunyai masalah berat badan dan sudah kurus.
“Memanglah saya dah kurus tetapi dalam usia 41 tahun saya nak amalkan gaya hidup sihat. Sekarang ini bukan saya seorang sahaja yang makan menu keto di rumah, tetapi seluruh ahli keluarga saya juga.
“Saya galakkan isteri dan anak-anak untuk mengikuti menu keto. Ramai orang ingat keto diet ni kena pantang banyak makanan, sebenarnya tidak.
“Banyak je makanan sedap-sedap kita boleh makan cuma memotong jumlah karbo dan gula dalam menu harian.
“Kita boleh masak sendiri menu keto, tap perlu beli di kedai. Macam saya sendiri…Kadang-kadang saya masak, kadang-kadang isteri masak. Atau kalau tidak sempat atau tidak ada masa sangat barulah kami beli di restoran yang ada menu keto,” katanya.
Selain diet keto, Fazley turut mengamalkan intermitten fasting sebagai rutin terbaru dalam menjaga kesihatan.
“Saya gabungkan diet ini dengan intermitten fasting (diet puasa), iaitu berpuasa selama 15 jam setiap hari.
“Saya berhenti makan jam 9 malam setiap hari dan mula makan balik pukul 12 tengahari keesokan hari, bermakna tiada sarapan pagi. Kalau ada pun cuma teh dan kopi.
“Saya rasa rutin ini selesakan badan kerana badan dapat berehat dan memastikan bahawa semua sistem dalaman badan diolah semula supaya kita kekal dengan metabolisme yang sempurna dan proses pembakaran lemak yang baik,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024