Laman Utama

Dah Dua Bulan Tunggu, Nourul Depp Masih Tak Dapat Refund Tiket MAS - “Dahlah Tiket Mahal”

Izwan Isa
18/11/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Dah Dua Bulan Tunggu, Nourul Depp Masih Tak Dapat Refund Tiket MAS - “Dahlah Tiket Mahal”
Penyanyi Nourul Depp meluahkan keluhan terhadap tahap servis yang melibatkan proses pemulangan wang oleh Penerbangan Malaysia (MAS).
Menerusi hantaran di Instagram, Nourul berkata, pihak MAS telah mengenakan caj berganda (double charged) terhadap anaknya, Ayu Nazirah dan cubaan untuk mendapatkan kembali wang berkenaan memakan masa yang agak lama.
“Bila mereka double charged. Dahlah tiket mahal. Dah call beribu kali tak ada lagi jawapan. Duk kata tunggu, tunggu.
“Wahai Malaysia Airlines dah lama duk liase ni. Diam jugak. So terpaksa letak sini. Bukan nak sebabkan isu, tapi terpaksa. RM3000 oi. Banyak. It’s under the name of Ayu Nazirah binti Mohd Faizal.
“Takkan tak boleh detect kot. Same flight. Same time. Same person. Tunggu apa lagi nak credit balik duit tu ke akaun kami?
“Already two months and a half. You have got some interest on it already right? So refund please,” tulisnya.
Menerusi respons yang ditinggalkan di ruangan komen, ada dalam kalangan pengikut Nourul meluahkan pengalaman yang hampir serupa.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya Nourul mencuba penerbangan lain pada masa akan datang.
Untuk rekod, Nourul kini menetap di Bali, Indonesia.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024