Laman Utama

Curang, Kehendak Nafsu Atau Sekadar Jadi Diri Sendiri? Blair Akhirnya Memilih…

Hanafis Haris
22/03/2022
13:15 MYT
Sponsor Banner
Curang, Kehendak Nafsu Atau Sekadar Jadi Diri Sendiri? Blair Akhirnya Memilih…

Seperti yang dijangka, episod ketujuh Gossip Girl Indonesia malam semalam memberi banyak kejutan daripada beberapa watak utama khusunya Queen B, Blair.

Umpama kepompong yang bebas menjadi rama-rama, Blair akhirnya membebaskan diri daripada kemelut hubungan bersama Nate.

Paling mengagumkan, Blair membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan ‘terlarang’ bersama Chicco.

Namun, adakah ia benar-benar luahan perasaan Blair atau sekadar memuaskan rasa geramnya terhadap perangai Nate? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya.

Bagi hubungan cinta Serena dan Danny pula, mereka dilihat semakin mesra dan intim bersama.

Biarpun pada awalnya hubungan mereka dilihat agak ‘keterlaluan’, namun Serena akhirnya faham hubungan cintanya dengan Danny tidak perlu tergopoh-gopoh.

Jika anda terlepas, sila tonton episod enam yang ditayangkan di On Demand.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024