Hiburan

"Cukup-Cukuplah" - Tiada Lagi Imej Rambut Panjang Reshmonu!

Amri Hassan
19/10/2018
09:28 MYT
Sponsor Banner
"Cukup-Cukuplah" - Tiada Lagi Imej Rambut Panjang Reshmonu!
Tidak lengkap penampilan Reshmonu atau kini dikenali sebagai Resh tanpa rambut panjang dan digayakan cara dreadlock.
Namun, penyanyi yang popular dengan lagu Cintaku Pergi itu beralih ke fasa baharu dengan gaya lebih ringkas dan kemas.
Tiada lagi rambut panjang, kata Resh, 42, penampilannya kini dirasakan lebih matang dan sesuai dengan usia.
"Imej terkini lebih matang sebenarnya dan saya pernah menyimpan rambut panjang lebih 20 tahun.
"Namun, sekitar dua tahun lalu saya mahukan sesuatu perubahan dalam hidup bersama syarikat rakaman dan album baharu.
"Jadi, saya memotong rambut panjang saya. Bagi saya cukup-cukuplah, sekurang-kurangnya sudah merasa simpan rambut panjang. Tiada rasa rindu pun dengan imej lama saya," katanya kepada Gempak.
Reshmonu atau nama sebenarnya Hiresh Haridas juga kini aktif bersenam di gimnasium dan mencapai bentuk badan yang diidamkan.
"Ini bentuk badan saya terbaik sepanjang hidup! Setiap hari ke gimnasium dan rasa macam kembali muda," kata bapa kepada tiga anak itu.
Dalam perkembangan lain, Resh bakal muncul dengan album EP terbaharu tidak lama lagi dan bakal beraksi di pentas konsert Freedom Festival pada 3 November depan.
Freedom Festival akan berlangsung di Bandar Malaysia, Lapangan Terbang Sungai Besi dan menampilkan penyanyi popular seperti Yuna, Datuk Zainal Abidin, Hujan, Kugiran Masdo dan ramai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar