Laman Utama

COVID-19: Kelantan Masih 1,000 Lebih, Netizen Risau; "Kena Tegas Sikit Pasal Vaksin, Ramai Anti Vaksin ..."

Amri Hassan
04/10/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Kelantan Masih 1,000 Lebih, Netizen Risau; "Kena Tegas Sikit Pasal Vaksin, Ramai Anti Vaksin ..."
Netizen menyuarakan kebimbangan terhadap kadar jangkitan COVID-19 di Kelantan yang masih kekal antara negeri merekodkan jumlah jangkitan harian tertinggi di Malaysia.
Ciap pengguna memberikan respon di akaun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, tindakan lebih tegas harus dilaksanakan di negeri terbabit.
"Kelantan tu dah kenapa? Sebulan dua ni dah main 1,000 kes ke atas je," ciap seorang pengguna.
"Kelantan tu kena tegas pasal vaksin. Ramai anti vaksin di situ. Kadar vaksin paling rendah," tambah pengguna lain di Twitter.
"Saya sendiri orang Kelantan. Kecewa betul dengan rakyat sendiri. Kalau boleh nak semua vaksin barulah cepat masjid, kuliah agama boleh berjalan macam biasa, rindu semua," ciap individu lain pula.
Sementara itu, Sarawak masih kekal dengan kes harian tertinggi sebanyak 1,189 kes diikuti Kelantan sebanyak 1,020 kes.
Angka baharu COVID-19 semakin menurun hari ini dengan 8,075 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024