Berita

COVID-19: Caj RM1 Di ATM MEPS Dikecualikan Bermula Isnin

Azwa Rahman
03/04/2020
12:05 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Caj RM1 Di ATM MEPS Dikecualikan Bermula Isnin
Kerajaan memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter bank.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu bakal berkuatkuasa Isnin ini sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita difahamkan ramai pengguna menggunakan juruwang dalam bank sebab isu ATM yang caj RM1 setiap kali pengeluaran wang.
"Oleh itu melalui Kementerian Kewangan, kerajaan memutuskan semua institusi perbankan melalui paynet akan mengecualikan caj RM1 di semua ATM yang menggunakan MEPS. "Pengecualian RM1 ini akan bermula Isnin hingga tamat PKP ini dan ia memberi ruang dan kemudahan kepada rakyat untuk menggunakan ATM disediakan," katanya kepada Astro Awani.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjaga jarak sosial apabila mengeluarkan wang di ATM. "Saya menasihatkan orang ramai jika tidak lagi ke dalam bank, jangan berpusu-pusu di ATM. Penjarakan sosial mesti dipatuhi iaitu satu meter yang ditetapka," ujar beliau.
Orang ramai juga disaran menggunakan perkhidmatan bank atas talian bagi mengelak kesesakan di premis itu.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024