Laman Utama

Corat Coret GV8: Suki Low Hampir Terjatuh, Butang Baju Tok Ram & Team Nikki Palikat 'Berpaling Tadah'?

Hanafis Haris
17/01/2022
09:39 MYT
Sponsor Banner
Corat Coret GV8: Suki Low Hampir Terjatuh, Butang Baju Tok Ram & Team Nikki Palikat 'Berpaling Tadah'?
Bertemakan 'Lagu Untukmu’, dua bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) tersingkir pada konsert minggu separuh akhir yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Bintang GV8 tersebut, Shidee dan Ani Maiyuni terpaksa akur apabila gagal memuaskan hati juri.

Ani yang membawakan lagu Let's Get Loud (Jennifer Lopez) & Sumpah (Aina Abdul) hanya meraih 61%.

GV8: Impian Ke Final Lebur, Shidee & Ani Maiyuni Tersingkir Minggu Separuh Akhir, Aweera Pula...

Begitupun, dalam pada tumpuan diberikan kepada dua bintang yang tersingkir, banyak sebenarnya yang berlaku di belakang tabir yang mungkin penonton di rumah terlepas pandang.

Berikut merupakan corat-coret GV8 konsert ke-9 :

#1 Suasana di dalam dewan semakin meriah, mungkin Adrenaline masing-masing sudah makin mencanak menantikan persembahan hebat di minggu separuh akhir.

#2 Mungkin ada yang tak perasan ketika di pertengahan persembahan Suki Low, penyanyi tersebut seakan-akan mahu terjatuh.

#3 Ketika iklan, ada penonton mengambil peluang bergambar bersama pengacara Nabil Ahmad. Sporting je Nabil layan peminat-peminat GV.

#4 Peminat Adibah Noor mencuri tumpuan apabila menggayakan rambut afro, mungkin mahu menyokong penyanyi kesayangan mereka yang membawakan lagu Night Fever (Bee Gees).

#5 Bunda terbuai-buai dengan nyanyian Aliff Aziz yang membawakan lagu Lay Me Down (Sam Smith)

#6 Usai Aliff Aziz membuat persembahan, kelihatan peminat bersorak sakan. Namun apa yang peliknya, kebanyakan mereka adalah penyokong Nikki Palikat. Support each other la kan!

#7 Nabil Ahmad kelihatan cukup terhibur ketika Azan Scan membawakan lagu Enigma (Wings). Head banging habis!

#8 Mungkin ada yang tak perasan, Azan Scan terpaksa ke belakang stage sekejap untuk menukar baju untuk lagu kedua.

#9 Adegan usik mengusik antara Nabil Ahmad, Jihan Muse bersama Tok Ram masih berterusan ketika tempoh iklan. Nabil sempat menyakat Tok Ram ketika Ayai juara sulung GV memperbetulkan butang bajunya.

#10 Adibah Noor kelihatan agak sayu selepas penyingkiran dua bintang GV. Mungkin sedih dua rakan perjuangan tidak dapat bersama-sama di minggu final.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024