Laman Utama

Chef Wan Kongsi Keadaan Terkini Ibu - "Saya Takut Nak Tidur Sekiranya Dia Meninggalkan Saya Dalam ..."

Shahrin Zulkifle
04/01/2023
07:30 MYT
Sponsor Banner
Chef Wan Kongsi Keadaan Terkini Ibu - "Saya Takut Nak Tidur Sekiranya Dia Meninggalkan Saya Dalam ..."

Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan neneknya, Noraini Abdullah yang dilaporkan sedang tenat ketika ini.

Serina yang juga anak kepada Cef popular Datuk Cef Wan berkata, Noraini kini sedang berlawan dengan sakit kanser tahap empat dan sedang dirawat di sebuah hospital.

“Assalamualaikum semua, minta jasa baik bantu nenek Serina, Cik Ani Sayang (Noraini), hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek ,mudahkan urusan dia sedang tenat di hospital, kanser tahap empat dah merebak.

“Moga Allah mudahkan urusan dan perjalanan nenek saya, beri kekuatan buat papa (Cef Wan) dan seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan. Moga diangkat segala kesakitan dan diberi ketenangan,” katanya menerusi satu hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Sementara itu, Cef Wan menerusi satu hantaran di laman sama berkata dirinya amat khuatir dengan keadaan terkini ibunya sehingga berasa takut untuk tidur sekiranya Noraini akan pergi meninggalkan dunia.

“Sepanjang malam saya hampir tidak tidur sentiasa memeriksa keadaan ibu, kerana pernafasannya kelihatan lebih perlahan daripada malam tadi.

“Saya sangat takut untuk tertidur sekiranya dia meninggalkan saya dia dalam tidurnya. Ketakutan itu sentiasa ada.

“Doktor datang menemui saya sebentar tadi selepas membuat laporan darah dan berkata dengan keadaan sekarang dia akan mengalami koma pada bila-bila masa. Jadi masanya sangat dekat untuknya,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024