Hiburan

"Cara Merayu & Menarik Perhatian Wanita Ketika Berada Di Kelab Malam Selalu Sama" - MukaRakat Muncul Dengan Buah Tangan Nona

Zulaikha Yusof
30/08/2020
07:07 MYT
Sponsor Banner
"Cara Merayu & Menarik Perhatian Wanita Ketika Berada Di Kelab Malam Selalu Sama" - MukaRakat Muncul Dengan Buah Tangan Nona
Kumpulan hip-hop yang sedang meningkat naik di Indonesia, MukaRakat tampil dengan single terbaharu iaitu Nona.
Ini adalah single kedua yang dikeluarkan oleh MukaRakat dalam jangka masa tiga bulan.
Menurut wakil MukaRakat, A'Chi Nona menceritakan tentang pengalaman peribadi anggota dalam menarik perhatian wanita ketika mereka berada di sebuah pesta.
"Tema ini menjadi pilihan kerana cara kami merayu dan menarik perhatian wanita ketika berada di kelab malam atau pesta selalu dengan cara yang sama," katanya.
Tambah A'Chi, dia akui agak sukar untuk mereka menyiapkan single ini sehinggakan susunan muzik perlu diubah sebanyak tiga kali.
"Proses menyiapkan single ini juga bukan perkara yang mudah. Selain daripada proses yang lama, kami juga harus membuat cerita dalam lirik sekurang-kurangnya yang berkaitan dengan kebiasaan orang lain.
"Proses susunan muzik juga turut berubah tiga kali. Kami memilih untuk menggunakan muzik yang lebih berjiwa dan jazzy.
"Harapan kami agar dapat mengajak pendengar untuk menikmati lagu itu bukan hanya dari ‘vibe’ muzik, tetapi dengan menikmati ‘vibe’ lirik juga," katanya lagi.
MukaRakat merupakan kumpulan hip hop dari Nusa Tenggara Timur yang terdiri daripada 5 orang anggota iaitu Lipooz, DirtyRazkal, D'Flow, A'Chi dan DJ Geramar.
Nona sudah boleh didengari di semua platform muzik digital. Selamat mendengar!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024