Laman Utama

“Cantik Dik” – Elly Mazlein Syukur Anak Sihat Tapi Ramai Ketawa Jari Baby Pun Buat Tanda Good

Mya Amri
02/06/2021
13:45 MYT
Sponsor Banner
“Cantik Dik” – Elly Mazlein Syukur Anak Sihat Tapi Ramai Ketawa Jari Baby Pun Buat Tanda Good
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein bersyukur anak di dalam kandungannya sihat.
Elly berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, foto sonogram Elly yang diperolehi Ketika proses ultrasound begitu menarik perhatian peminatnya.
Foto tersebut merakamkan imej bayi yang berada di dalam kandungan seolah-olah ibu jarinya membuat bentuk tanda bagus.
“Baby cakap, cantikkkkkkk dikkkkk. Tengok tu ibu jari dia… Mama geram da. Syukur Alhamdulillah baby sihat dan mama pun sihat. Doakan Kepom dan baby selamat ya kesayangan.
“Kak Kepom pun doakan anda yang sedang usaha untuk mendapat Zzuriat, terus kekal usaha, doa dan tawakal ya.
“Kesihatan pun kena jaga juga, senaman kena buat, jaga makan. Ambil ubat yang sesuai ya Insya-Allah, Allah susun cantik buat kita semua. Cuma cepat dan lambat je. Bersangka baik selalu,” coretnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengusik Elly dengan coretan lucu berkenaan foto tersebut selain mendoakan kesihatan kedua-dua mereka.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu.
Sebelum ini Elly juga pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 namun bercerai pada tahun 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024