Laman Utama

“Cakap Awal Awal Bukan Sponsor…”- Syifa Melvin & Safawi Rashid Tak Harap Tajaan

Syafiqah Jalal
01/12/2022
03:00 MYT
Sponsor Banner
“Cakap Awal Awal Bukan Sponsor…”- Syifa Melvin & Safawi Rashid Tak Harap Tajaan
Pempengaruh popular serta adik kepada pelakon Syatilla Melvin mendedahkan perancang perkahwinan tidak memberi sebarang tajaan untuk majlis nikahnya dengan bintang bola sepak, Safawi Rashid.
Namun Syifa mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berpuas hati dengan hasil kerjanya terutama konsep pelamin dan keseluruhan dalam dewan yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ini.
“Satu perkataan amazing (hebat)! Claim (maklum) awal awal bukan sponsor (tajaan), Ini adalah satu penghargaan buat perancang perkahwinan atas usaha keras anda.
“Mesyuarat dua kali sahaja untuk jimatkan masa dan tenaga masing-masing.
“Mereka diberi masa yang sangat terhad untuk set up sebab malam sebelumnya mereka ada event, jadi mereka bersengkang mata untuk siapkan dekorasi untuk hari keramat kami.
“Syukur Alhamdulillah hasil yang banyak dapat pujian..,” kongsinya.
Syifa berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto pelamin dan seluruh dewan di hari bersejarahnya.
Dalam pada itu Syifa memberitahu dia akan berkongsi apa jua yang membuatnya berpuas hati dengan usaha dan hasil kerja seseorang.
“Korang tahu Syifa jenis akan share dengan korang bila Syifa puas hati dengan sesuatu benda. Tak pernah rugi share benda baik untuk kebaikan semua,” ujarnya lagi.
Selain perancang perkahwinan dan dekorasi, Syifa juga mengupah pegurus acara untuk kelancaran majlisnya serta jurufoto yang dinyatakan memberi perkhidmatan yang terbaik buatnya.
BACA: Syifa Melvin, Safawi Rashid Selamat Bernikah! Cincin Berlian Sebagai Mas Kahwin
Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid pada 28 November lalu.
Syifa yang mengalirkan air mata sebaik sahaja diijabkabulkan menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian daripada bintang bola sepak muda itu.
Sementara jumlah wang hantaran serta dulang hantaran kepada Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin tidak didedahkan kerana pasangan ini mengambil keputusan untuk merahsiakannya.
Terdahulu pasangan ini mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai hubungan percintaan serta majlis perkahwinan mereka daripada umum.
Namun bayangan perkahwinan pasangan itu diperkuatkan lagi dengan penularan kad undangan perkahwinan bertarikh 3 Disember 2022 dikatakan milik Syifa dan Safawi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024