Hiburan
“Bukan Takut Tapi Saya Hormat Isteri” - Aliff Syukri Tolak Tawaran Berlakon Jadi Bapa Pelacur
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri pernah menolak tawaran berlakon sebuah filem kerana watak yang diberikan pada masa itu tidak bersesuaian dengan karakter dirinya.
Tolak watak bapa pelacur
Menurut Aliff, dia pernah mendapat tawaran untuk memegang watak sebagai ketua sindiket pelacuran namun terpaksa menolak tawaran tersebut kerana menghormati isterinya.
“Bagi saya watak bapa pelacur. Saya tak nak. Saya tak boleh watak tu nanti isteri marah. Bukan takut, saya hormat isteri. Jujur saya tolak.
“Lagi satu watak saya jadi pensyarah. Watak itu penting dia macam gila-gila remaja. Ada Azharina, Bella Astillah dan ramai lagi.
“Watak itu hampir sama dengan diri saya. Itu saya ambil. Yang kedua saya dapat watak jadi suami Ramona untuk tahun baru Cina. Dua drama ini akan ditayangkan tahun hadapan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Empayar perniagaan berkembang
Mengulas mengenai perniagaannya, Aliff menyatakan rasa syukur kerana empayar perniagaannya semakin berkembang apabila rangkaian beg Anthon’s Leater by Aliff Syukri muncul.
“Saya mempunyai pekerja lebih 300 orang. Jadi mahu tidak mahu, saya dan isteri perlu meneruskan peniagaan.
“Ketika fasa dan selepas pandemik, perniagaan memang tidak berapa nak okey. Namun, Alhamdulillah berkat bantuan dan sokongan anak dan isteri, perniagaan yang dijalankan itu kembali menampakkan hasil positif,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Datin Nur Shahida Mohd Rashid pada 2007.
Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, Luqman Al Hakim selain turut menjaga seorang anak angkat.
Must-Watch Video