Laman Utama

Bukan Sebab Popular, Syahmi Sazli Kongsi Amalan Berjaya Kutip RM60,000 Jual Air Balang 3 Minggu: “Mi Bukanlah…”

Maliah Surip
10/05/2022
09:16 MYT
Sponsor Banner
Bukan Sebab Popular, Syahmi Sazli Kongsi Amalan Berjaya Kutip RM60,000 Jual Air Balang 3 Minggu: “Mi Bukanlah…”
Nama pengarah dan pelakon filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli kini treding selepas dia berkongsi kejayaan mengutip jualan air balang mencecah RM60,000 hanya dalam masa tiga minggu sepanjang Ramadan lalu.
Melalui perkongsian yang dibuat dalam Facebook miliknya, Syazmi pada awal kemas kini melahirkan rasa bersyukur sekaligus menjawab persoalan dan isu yang dicetuskan di sebalik kejayaan menjual Air Balang Mi sehingga membawa pulangan lebih RM60,000.
Kejayaan tersebut kata Syahmi bukan disebabkan populariti yang diraihnya sebagai selebriti media sosial mahupun pelakon, namun ia dibantu oleh amalan yang dilakukannya selama ini.
Syami dilihat memberi pencerahan pada soalan dan isu ‘Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli’.
Persoalan tersebut dijawab anak muda kelahiran Kelantan ini dengan mengatakan sepanjang menceburi bidang perniagaan, dia pernah mengalami kerugian sewaktu menjual baju dan santan.
“Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi,” tulisnya seperti dilihat Gempak.
Bagi pertikaian ‘Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi,’ dia menjawab: “Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup juga sbb alasan tu.
“Youtube pun Mi sudah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, tak ada orang nak tengok”.
“Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji?
“Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..”
Seterusnya Syazmi menjawab pertanyaan mengenai amalan yang dilakukannya sehingga dilimpahi banyak rezeki.
“Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan.. Tak ada beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.
“Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara mcm mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar.
Antara kelebihan istighfar;
"Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu." (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
Cara diampunkan dosa dengan berzikir;
i. Zikir 1: Zikir selepas solat.
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
‎لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ “Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
ii. Zikir 2
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
- Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).
“Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu.. Semoga bermanfaat.. Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru,” kongsinya panjang lebar.
Sebelumnya tindakan Syahmi menjual air balang pada Ramadan lalu turut mendapat pujian kerana disifatkan tidak kedekut apabila memberi sekali isi buah buahan seperti air tembikai yang dijual dengan banyak.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024