Laman Utama

Bukan Pertama Kali, Ini Kronologi Pesawat Beechcraft Terhempas Sejak 1977

Syafiqah Jalal
18/08/2023
13:38 MYT
Sponsor Banner
Bukan Pertama Kali, Ini Kronologi Pesawat Beechcraft Terhempas Sejak 1977
Insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis adalah keempat membabitkan pesawat jenis itu dalam tempoh 46 tahun.
Berikut merupakan kronologi insiden pesawat Beechcraft sejak 1977:
29 Julai 1977 : Sebuah pesawat Beechcraft 19 dengan dua orang dalam pesawat hilang ketika di ruang udara Johor selepas berlepas dari Pangkalan Udara Seletar, Singapura.
17 Feb 1999 : Enjin tunggal tempat duduk berdua pesawat ringan Beechcraft BE-36, nombor pendaftaran 'VHTXY', dilaporkan hilang antara Seremban dan Tampin, Negeri Sembilan.
19 Feb 1999 : Sisa pesawat dijumpai oleh helikopter TUDM Nuri, dipandu oleh Mejar Syed Islam Shah Ajam kira-kira 12.55 tengah hari di condong Bukit Penda, Negeri Sembilan.
22 Nov 2020 : Sebuah pesawat Beechcraft Bonanza F35 mendarat cemas di laluan kecemasan di KM47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, Johor, selepas mengalami kerosakan enjin.
Sumber: Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024