Laman Utama

Bukan Konspirasi, Polis Thailand Sebut Kematian Tangmo Nida Sebuah Kemalangan

Maliah Surip
07/03/2022
10:46 MYT
Sponsor Banner
Bukan Konspirasi, Polis Thailand Sebut Kematian Tangmo Nida Sebuah Kemalangan
Kisah kematian aktres Thailand, Tangmo Nida masih hangat diperkatakan. Pelbagai teori dibuat banyak pihak sepanjang siasatan untuk mencari punca sebenar kematian Tangmo yang dilaporkan jatuh dan tenggelam di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.
Jasad Tangmo kemudian ditemukan 38 jam selepas insiden berlaku. Sejak itu pelbagai spekulasi tercetus sehingga banyak yang berandaian kematian pelakon cantik itu membabitkan konspirasi dalam kalangan individu yang berada di dalam bot laju bersamanya pada waktu kejadian.
Individu individu tersebut adalah manajer Gatick Idsarin Juthasuksawat, Sand Wisapat Manomairat, pemilik kapal Por Tanupat Lerttaweewit, CEO Orisma Technology Robert Phaiboon Trikanjananun, dan Job Nitas Kiratisoothisathorn.
Dalam erti kata lain, Tangmo didakwa mungkin dibunuh, apabila ada laporan mengatakan pelakon itu telah memberi insurans dengan menamakan pewarisnya adalah anak kepada pengurusnya.
Dakwaan kononnya kematian Tangmo dirancang kemudian dikuatkan dengan ‘firasat’ sang ibu setelah melihat jasad anaknya terdapat kesan cedera.
Namun menerusi laporan terkini dari Bangkok Post, pihak polis Thailand menyifatkan insiden yang berlaku terhadap Tangmo adalah sebuah kemalangan. Biarpun kes ini masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa percaya ia tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Penilaian tersebut disebut polisi berdasarkan bukti-bukti sementara yang telah dikumpulkan.
Media sama melaporkan terdapat lima orang telah dipanggil pihak polis untuk disoal siasat dengan sebelumnya, sudah 29 saksi diperiksa terkait insiden kematian Tangmo.
Sehingga saat ini, polis dilaporkan masih mencari benda-benda yang menurut saksi telah dibuang ke sungai usai Tangmo jatuh dari bot laju tersebut.
Terdahulu pemilik dan pengemudi kapal, Por Tanupat Lerttaweewit dan Robert Phaiboon Trikanjananun, didakwa oleh pihak polis kerana lalai menjalankan bot tersebut selain beroperasi tanpa izin.
Namun mereka diketahui juga memberikan uang santunan dan permintaan maaf kepada ibunda Tangmo yang menuai kritikan pedas netizen.
Ibunda Tangmo mendapatkan wang santunan sebesar RM3.8 juta dan telah memaafkan dua pihak tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024