Laman Utama

Bukan Hanya Muka, Titi DJ Pernah Buat Pembedahan Kecilkan Payudara

Maliah Surip
22/02/2023
15:57 MYT
Sponsor Banner
Bukan Hanya Muka, Titi DJ Pernah Buat Pembedahan Kecilkan Payudara
Penyanyi senior Titi DJ mendedahkan kerana mengalami masalah tidak percaya terdiri, terutama pada bentuk payudaranya, dia telah menjalani sebuah pembedahan.
Pembedahan itu dilakukan bagi mengecilkan payudara yang disifatkan Titi DJ sebagai terlalu besar. Oleh kerana terlalu besar, penyanyi tersebut mengaku sukar menjalankan aktiviti harian.
Namun pembedahan tersebut telah dilakukan lebih daripada 10 tahun lalu.
“Sejak remaja saya sudah rasa payudara terlalu besar. Jika kadang-kadang suka membungkuk sebab kalau bersukan terasa pada bahagian depan sangat berat,” akuinya sewaktu menjadi tetamu YouTube Maia, Al El Dul TV, seperti dilaporkan Liputan6.com.
Dalam pengakuan sama, penyanyi lagu Sang Dewi itu memberitahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selepas memastikan diri tidak akan melahirkan anak lagi.
“Saya tidak akan melakukan apa-apa sebelum punya anak. Jadi setelah mendapat anak ketiga dan yakin tidak akan hamil lagi seterusnya menyusui, saya putuskan untuk kecilkan payudara, breast reduction.
“Itu saya buat sekitar tahun 2003,” katanya.
Titi DJ malah sempat didakwa ketagihan melakukan pembedahan plastik kerana dia baru menjalani beberapa proses anti penuaan pada wajahnya.
Dia diketahui melakukan beberapa pembedahan berkaitan face lift, forehead lift, neck lift, lower blepharoplasty, dan fat graft di Korea Selatan.
"Ada yang kata, sekali sudah buat operasi plastik pasti addicted. Sekarang gini ya, saya terakhir operasi 2003, sekarang 2023, bererti 20 tahun yang lalu.
Selang 20 tahun apakah itu termasuk hitungan addicted?"katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024