Hiburan
Buat Content Double Meaning, Peniaga Makanan Tular Tampil Mohon Maaf
Peniaga makanan tular tampil membuat penjelasan mengenai jenama makanan mereka yang mendapat kecaman daripada netizen.
Menurut peniaga tersebut mereka juga telah membuat keputusan untuk menukar jenama mereka kepada nama yang lain.
“Kami menerima segala teguran dari kalian, dan nama kedua-dua akaun kami telah ditukarjab kepada Bertanah.
“Untuk pengetahuan semua berayaq bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donut akan cair di dalam mulut,” kata peniaga tersebut dalam satu hantaran di TikTok.
Pada masa sama, peniaga juga menerangkan bahawa tagline cirit yang disebut dalam video yang tular itu bukan idea asal mereka.
Sementara itu, mereka juga menerangkan bahawa apa yang mereka lakukan di dalam video hanya lakonan semata-mata.
“Untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah tagline dari kami.
“Dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea dari kami untuk bercakap tentang perkara itu, kami hanya melakonkan apa yang diarahkan.
“Semoga menjawab semua persoalan dan kami memohon maaf andai video kami ada yang salah tafsir, iklas dari kami.. Hanya Allah maha pemberi rezeki,” katanya menerusi satu kenyataan.
Update..??bertanah pic.twitter.com/rERydXZ5mt— Afham Di (@Afham_1999) November 10, 2024
Namun menerusi tinjauaan Gempak, akaun itu tidak membuka ruangan komen
Terdahulu,beberapa video memaparkan peniaga mempromosikan donut susu dengan aksi lucah.
Menerusi perkongsian di platform X, dapat dilihat peniaga tersebut menjual donut susu sambil menggunakan tagline “berayaq, berayaq, jet lagi” sambil melakukan mimik muka ghairah yang didakwa mempunyai unsur ‘double meaning’.
Must-Watch Video