Berita

Buang Baju Lama Eidrees, Anzalna Nak Tambah Anak Lagi 2 Tahun

ZULHILMI JALIL
23/09/2020
02:01 MYT
Sponsor Banner
Buang Baju Lama Eidrees, Anzalna Nak Tambah Anak Lagi 2 Tahun
Pelakon Anzalna Nasir memberi bayangan bahawa dirinya tidak mempunyai perancangan untuk menimang anak lagi dalam masa terdekat.
Sebaliknya, Anzalna memberitahu, kemungkinan dia hanya akan memikirkan soal pertambahan cahaya mata kira-kira dua tahun lagi.
Perkara itu dikongsikannya menerusi satu ruangan komen ketika menjelaskan punca dirinya mahu 'membuang' segala baju anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang sudah tidak muat lagi.
"Hahaha, adik (kepada Eidrees) lagi dua tahun. Takut kain reput," katanya ketika menjawab soalan salah seorang pengikutnya.
Terdahulu, pengikut berkenaan mempersoalkan tindakannya yang tidak mahu menyimpan untuk kegunaan anak lain di kemudian hari.
Sebelum itu, menerusi entri tersebut, Anzalna memaklumkan bahawa dirinya terpaksa membuang sebahagian baju yang sudah tidak ada tempat untuk disimpan lagi.
"Saya nak let go baju-baju Eidrees yang dah tak muat sebab nak masuk baju-baju baru. Almari dah penuh mommy terlebih berbelanja!
"Ini baju-baju keluar rumah, baju-baju duduk rumah pun penuh juga! Pening tak ada tempat nak simpan. Nak suruh Hanif buatkan almari baru takut kena bising!," katanya.
BACA: "Saya Dah Jadi Ketagih Shopping Online" - Anzalna Nasir Nak Membeli Setiap Hari!
Selain mahu menjual baju tersebut sebagai barangan terpakai, kata Anzalna terdapat sebahagiannya sudah disedekahkan kepada orang lain.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia setahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024