Laman Utama

Boleh Berjangkit Ke? Bahaya Atau Tidak? Ini Fakta Mengenai Virus Kawasaki

Izwan Isa
13/04/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Boleh Berjangkit Ke? Bahaya Atau Tidak? Ini Fakta Mengenai Virus Kawasaki
Umum mengetahui tentang keadaan anak kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Arissa yang dijangkiti virus Kawasaki.Menurut laporan media, Ayra mula menunjukkan simptom demam panas sebelum dia dibawa ke hospital pada untuk rawatan lanjut.
Melihat pada beberapa hantara yang dikongsi oleh Amyra, tubuh badan Ayra dilihat naik ruam-ruam merah sehingga pada bahagian lehernya
BACA: Paras Oksigen Anak Menurun, Amyra Rosli Bergegas Ke Hospital - “Berderau Darah Mommy..”
Namun, apakah itu virus Kawasaki? Menerusi rajutan yang dikongsikan oleh MyHeart Community,
Virus Kawasaki pertama kali direkodkan ialah pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki. Lebih 75 peratus pesakit Kawasaki ialah kanak-kanak berumur bawah lima tahun dan selalu menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak.
Jika pesakit dapat dikesan dan dirawat awal, biasanya dapat pulih dalam masa beberapa hari. Penyebab utama masih tidak dapat dikenalpasti. Namun, penyakit ini tak berjangkit.
Ini adalah tanda-tanda simptom Virus Kawasaki:
1. Demam panas antara 38.3 hingga 39.4 darjah Celcius, melebihi empat hari dan tidak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari selepas demam bermula. 2. Kelenjar membesar terutamanya di leher 3. Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerahan 4. Konjunktivitis, iaitu mata merah tapi tak berair 5. Lidah merah & bengkak serta pecah bibir 6. Ruam yang sangat teruk pada kulit 7. Kemerahan pada tempat suntikan BCG 8. Kulit terkupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas dua minggu.
Simptom Virus Kawasaki datang dalam tiga peringkat. Virus ini boleh menyebabkan masalah jantung pada hari ke 10 hingga 14 selepas simptom pertama bermula. Sesetengah pesakit mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sehingga hari ke-25 virus ini muncul. Virus ini juga boleh berterusan sehingga lapan minggu.
Bila perlu jumpa dengan doktor? Jika parents lihat suhu badan anak sangat tinggi dalam satu tempoh yang lama dan tidak sembuh dengan makan ubat demam dan anak ada salah satu dari simptom Kawasaki, segeralah berjumpa dengan doktor terutamanya lika baby berumur bawah satu tahun.
Virus ini tidak dapat dielak tetapi pesakit biasanya akan pulih sepenuhnya dalam enam hingga lapan minggu tapi pesakit masih boleh develop complications.
Lagi cepat pesakit mendapatkan rawatan adalah lebih bagus. Intravenous immunoglobulin (IVIG), a solution of antibodies, dan aspirin adalah antara dua rawatan utama yang digunakan untuk merawat penyanyi Kawasaki.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024