Laman Utama

“Boleh Berbesan Ni” – Netizen Usik Mahu Jodohkan Anak Mira Filzah & Elfira Loy

Shahrin Zulkifle
03/10/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Boleh Berbesan Ni” – Netizen Usik Mahu Jodohkan Anak Mira Filzah & Elfira Loy
Baru-baru ini pelakon Mira Filzah telah mengadakan majlis aqiqah buat putera sulungnya, Wan Khair Amir.
Pada majlis tersebut, Mira dan suami, Wan Emir Astar akhirnya mendedahkan wajah putera mereka kepada umum selepas lima bulan dilahirkan.
BACA: “Handsome, Muka Mama Sangat!” – Mira Filzah Perkenal Wajah Anak Selepas 5 Bulan
Sementara itu, dilihat juga beberapa rakan selebriti turut diundang ke majlis berkenaan termasuklah pelakon Elfira Loy bersama suami, Muhamad Faris Khairol Anuar dan sepasang anak mereka, Muhamad Rayyan Khala dan Nur Aria Mikayla.
Elfira menerusi hantaran di Instagram turut merakamkan beberapa foto pada majlis berkenaan bersama keluarganya dan keluarga Mira buat tontonan umum.
Bagaimanapun, mencuri tumpuan apabila ada segelintir wargamaya ‘mengusik’ Elfira di ruangan balas dengan menyatakan dia ingin melihat kedua-dua pelakon itu ‘berbesan’.
Usikan tersebut meminta Elfira menjodohkan puterinya dengan putera Mira Filzah.
“Boleh berbesan ni, comel sangat dua-dua,” gurau seorang wargamaya.
“Ok dah boleh tengok masa depan mereka, kira jadi lah kan Elfira,” usik seorang lagi netizen.
Untuk info, Elfira dan Faris Anuar selamat bernikah pada Januari 2019. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada Oktober 2019, dan Nur Aria Mikayla yang lahir pada Mei 2022.
Manakala pasangan Mira dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada September 2020 dan selamat melahirkan Wan Khair Amir juga pada Mei 2022.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024