Laman Utama

Bintang Marvel, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kecelakaan Bermain Ski

Maliah Surip
20/01/2022
01:21 MYT
Sponsor Banner
Bintang Marvel, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kecelakaan Bermain Ski
Aktor asal Perancis, Gaspard Ulliel yang cukup dikenali sebagai Hannibal Lecter dalam Hannibal Rising dilaporkan meninggal dunia pada usia 37 tahun.
Ulliel meninggal dunia dalam insiden sukan ski sewaktu melakukan riadah di Pergunungan Apline di Perancis pada Selasa.
Ironi, Ulliel sedang bersiap sedia untuk menyapa peminat siri Marvel menerusi filem Moon Night yang dijadualkan menemui penonton pada Mac depan.
“Garpard Ulliel membesar bersama sinema dan sinema juga hidup bersamanya. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain.
“Dengan sangat berat hati kami akan menonton karya karya lakonannya pada masa akan datang. Kami telah kehilangan seorang aktor yang berbakat,” ucap Perdana Menteri Perancis, Jean Castex yang ikut berdukacita, lapor CNN.
Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang waktu tempatan di tempat percutian La Rosiere.
Ulliel dikatakan telah meluncur dari atas sebelum bertembung dengan pemain ski lain. Namun, pemain ski yang terbabit dalam insiden sama tidak mengalami sebarang kecederaan.
Aktor itu malah berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri sewaktu pasukan keselamatan tiba di lokasi. Dia kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia.
Siasatan mengenai tragedi tersebut sedang dijalankan.
Untuk rekod, Ulliel pertama kali memikat khalayak melalui penampilannya dalam naskhah biopik pereka busana tersohor Yves Saint Laurent, Saint Laurent pada tahun 2014.
Dia juga pernah memenangi anugerah Aktor Terbaik selepas membintangi naskhah Xavier Dolan, It's Only the End of the World.
Kredit Foto: Getty Images
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024