Laman Utama

“Bini Tidur Penat, Baby Nangis Takkan Nak Kejut Bini” – Dr Say Mengaku Kadang Rasa Koyak, Tak Mudah Jaga Dua Anak Kecil

Mya Amri
27/09/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
“Bini Tidur Penat, Baby Nangis Takkan Nak Kejut Bini” – Dr Say Mengaku Kadang Rasa Koyak, Tak Mudah Jaga Dua Anak Kecil
Doktor dan pengacara, Dr Say Shazril akui tidak mudah untuk menjaga dua orang anak kecil.
Menerusi akaun Instagramnya Dr Say memberitahu disebabkan jadual kerja, ada ketikanya dia berasa ‘koyak’ sewaktu menjaga Ace dan Sef.
“Doc ada moment yang doc koyak tak?”. Tipu kalau saya cakap saya tak koyak. Macam saya cerita saya teman bini berpantang kat rumah sehinggalah kini dan kerja saya sekarang selalunya kena buat video kat rumah.
“Saya buat target “tidak ada kerja lepas Ace habis sekolah” jadi masa siang saya perlu digunakan sehabis baik.
“Kadang-kadang bila nak buat video, baby nangis dan bini tengah mandi takkan saya nak buat dungu dan biar baby nangis ja maka saya layan baby jap.
“Bini tertidur kepenatan, baby nangis, takkan nak kejut bini cakap “tu baby bangun tu” maka saya layan baby jap.
Time constraint ni kadang-kadang semestinya buat saya koyak tapi hiring a manager lepas kelahiran Sef ni kao-kao membantu.
“Tak mudah menjaga anak namun bila kita korbankan sesuatu demi anak tercinta biarlah kurangkan atau berhenti main mobile game, pasti Allah permudahkan jalan kita dan perbanyakkan rezeki kita,” coretnya.
Bagaimanapun jelas Dr Say, pengalamannya sewaktu menjaga Ace dahulu banyak membantu selain merasakan dirinya menjadi lebih matang selepas dikurniakan anak kedua.
“Betul, sikit pun tak mudah tapi apa yang saya perasan ia sedikit senang berbanding masa kami berpantang waktu Ace dulu.
“Mungkin pengalaman yang lepas mematangkan kami dan colic + witching Sef tak seteruk Ace dulu. Hari ni Sef dah masuk hari ke-40 dan terus terang cerita ia semakin menyenangkan.
“Tidur dia dah makin ikut waktu Malaysia dan colic makin terkawal, senang kata, Alhamdulillah lebih senang berbanding dulu,” tulisnya.
Dr Say dan Dr Azura Abbas telah berkahwin pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki, Aezreil pada 5 Mac 2019 dan Sefriel pada 18 Ogos lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024