Hiburan

"Bila Saya Nak Cium Ada..." - Saiful Apek Terkejut Tak Boleh Cium Ibu Ketika Meninggal, Rupa-Rupanya Baru Tahu Bukan Mahram

Umirah Halim
23/01/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Bila Saya Nak Cium Ada..." - Saiful Apek Terkejut Tak Boleh Cium Ibu Ketika Meninggal, Rupa-Rupanya Baru Tahu Bukan Mahram
Pelawak terkenal tanah air, Saiful Apek mendedahkan dirinya tidak pernah mengetahui bahawa dia merupakan seorang anak angkat sehinggalah pada hari pemergian ibunya.

Baru tahu anak angkat

Menerusi perkongsian di Dol’s Podcast, Saiful atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, berkata kejadian itu berlaku semasa usianya 21 tahun di mana tindakannya mahu mencium jenazah ibu angkatnya dihentikan atas sebab bukan mahram.

“Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara bersuara dekat dalam ramai-ramai orang tu cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.

“‘Ini bukan mahram’ mereka cakap, saya terkedu dekat situ, mereka cakap saya anak angkat, umur 21 tahun. Tapi saya tak peduli saya tarik juga saya cium juga, ‘ini emak aku!’” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon filem Cicak Man tersebut turut menyatakan ibu angkatnya mula menjaganya pada usia seminggu namun tidak pernah disusukan kerana wanita berkenaan tidak pernah melahirkan sebarang cahaya mata.
“Dalam umur seminggu ibu angkat saya mula jaga saya. Saya tak pernah disusukan kerana ibu angkat saya ni tak pernah melahirkan kerana dia memang tak boleh melahirkan,” jelasnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih hampir 5,000 tanda suka dan 100,000 tontonan di platform TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Boleh Buat Spekulasi & Andaian..." - Saiful Apek Enggan Ulas Lanjut Hal Berkaitan Yassin

ARTIKEL BERKAITAN: Peristiwa Hitam Tinggal Parut, Remuk Hati Bekas Ratu Cantik Saat Ibu Menangis Ketika Berjuang Menuntut Keadilan - “Saya Tahu Kesakitan Yang…”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024